Sunday 27 April 2014

Mabkharah Tareem

Kalau di Pekan Sayong, Perak terkenal dengan Labu Sayong, jika di Jogjakarta terkenal dengan Batik Jawa, kalau di Maghribi terkenal dengan Jubah Hoodie, maka di Tareem, Yaman dan kawasan yang berdekatan pula terkenal dengan kain ridak dan Mabkharah Tareem.

Mabkharah Tareem merupakan sejenis mabkharah yang mempunyai bentuknya yang tersendiri. Ianya bagaikan sebuah 'trademark' kepada sesiapa yang berziarah ke Tareem. Para penziarah mahupun pelancong pasti akan membeli mabkharah ini sebagai kenang-kenangan kerana mabkharah ini tidak boleh didapati di mana-mana sekalipun. 



Bentuknya seakan-akan bentuk rumah tradisional di Yaman dan diperbuat daripada kayu. Anda boleh dapati mabkharah ini di rumah-rumah sekitar Hadramawt. Bauan gaharu yang mengasyikkan akan dibakar di atas arang lalu diletakkan di dalam bekas ini dan boleh dibawa dengan memegang pemegang yang telah tersedia. 






Al-Manna Sunnah Collection berbesar hati ingin berkongsi kegembiraan ini dengan para sahabat untuk membawa mabkharah ini ke pasaran Malaysia memandangkan ramai yang meminta kami untuk membawa masuk. Terdapat dua saiz dengan harga yang berpatutan:
 
1) Saiz Besar= RM160 termasuk pos
2) Saiz Kecil= RM130 termasuk pos

Semoga wasilah dari mabkharah ini akan meningkatkan cinta kita pada RasuluLlah s.a.w dengan mengamalkan sunnah membakar gaharu seperti yang disarankan baginda. Insya Allah... SOLLU 'ALAN NABIY! 







Tuesday 22 April 2014

Ridak Kashmir Gred 1 Untuk PRE-ORDER!

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh! 

Pernah tak para sahabat melihat para Habaib memakai kain ridak seperti ini?

Habib Umar bin hafidh

Habib Ali Al-Jufri

Para Habaib

Ini ialah ridak Kashmir Gred 1 sulaman tangan. Ridak ini memliki saiz yang sangat besar dan tebal tetapi RINGAN! Hanya yang memlikinya sahaja yang dapat merasai keunikan kain ridak ini. Admin sendiri pernah menggunakannya ketika rehlah ke Bromo, Indonesia. Iaitulah kawasan yang beriklim sejuk dan admin hanya menggunakan ridak ini sudah mampu memanaskan badan dengan izin Allah Insya Allah. Ridak ini juga sangat sesuai kepada para sahabat yang berbadan besar kerana saiznya yang besar.




Kepada para sahabat yang berminat, kami membuka tempahan PRE-ORDER dari Yaman. Kami tidak membawa stok ridak ini ke Malaysia kerana harganya yang tinggi. Harga yang ditawarkan ialah RM200 untuk sehelai percuma pos ke seluruh Malaysia. Ridak ini terdapat dalam empat warna sahaja: 

1) Putih
2) Kelabu
3) Coklat Gelap
4) Coklat Terang






Kelebaran kain ridak ini mampu menyelubungi sebuah sofa untuk tiga tempat duduk.

Ridak Yaman.

Assalamualaikum WarahmatuLlahi wabarakatuh. 

Apa khabar para sahabat semua? Semoga semuanya diberi kesihatan oleh Allah s.w.t insya Allah.  Hari ini, posting Al-Manna Sunnah Collection ialah berkenaan sejenis lagi kain ridak yang sudah tidak asing lagi di negara kita tercinta. Ramai para sahabat yang menjualnya, tidak kurang juga yang memakainya, iaitulah RIDAK YAMAN. Ridak Yaman merupakan antara jenis ridak yang sangat mendapat permintaan. Hal ini kerana kualiti kainnya yang tebal dan sejuk, serta melekap di bahu ketika memakainya. Kain dari jenis ridak Yaman ini sangat sesuai buat sahabat yang baru berjinak-jinak untuk mengamalkan sunnah pemakaian ridak ini. 

Ridak Yaman selalunya bercorak garis-garis pelbagai warna. Selalunya ridak Yaman memiliki lebih dari dua jenis warna yang indah-indah! 

Contoh ridak Yaman. 

Ridak Yaman juga sangat sesuai dijadikan sejadah kerana kainnya tebal dan melekap. Jadi, jika kita bersolat di kawasan yang agak berangin, ianya bukan suatu masalah kerana kadang-kadang fabrik dari kain sejadah juga ada dari jenis yang tidak 'grip' di lantai. 

Dengan harga RM70 sahaja, para sahabat dapat memiliki sehelai ridak Yaman dari Al-Manna Sunnah Collection. POS ADALAH PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA. 

Semoga masyarakat Malaysia lebih tertarik untuk mengamalkan sunnah memakai ridak sebagai wahana kecintaan kita terhadap RasuliLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. SOLLU 'ALAN NABIY!






Monday 21 April 2014

RIDAK BHS GRED 1 (BEHASTEX)

AlhamduLillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Hari ni kami nak memperkenalkan sejenis ridak yang sungguh berkualiti tinggi! Ridak ini adalah hasil produksi dari jenama kain pelikat terkemuka, BEHASTEX. Buat penggemar kain pelikat, pasti mengetahui kualiti kain yang diperkenalkan oleh jenama BEHASTEX. 

Jadi, AL-MANNA SUNNAH COLLECTION membawa masuk produk ridak daripada jenama ini. Kami hanya membawa ridak GRED 1 SAHAJA untuk kepuasan para pelanggan kami. Kainnya sungguh lembut dan ringan, jahitan yang halus dan terperinci, juga corak-corak yang sungguh menarik. 

Ridak Gred 1 ini seringkali dijadikan hadiah perkahwinan, juga dipakai oleh golongan VIP. Harga yang ditawarkan ialah RM100 sahaja! (Harga pasaran RM150). 

Sebarang pembelian boleh terus berhubung dengan kami di 014-233-5383.















Lama tidak update.

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh! 

Kami memohon maaf kerana sudah sangat lama tak update. Hal ini kerana kami kehilangan data profil bagi blog ini. AlhamduLillah Allah mudahkan. Insya Allah post terbaru akan menyusul. SOLLU 'ALAN NABIY! 💖