Sunday 27 April 2014

Mabkharah Tareem

Kalau di Pekan Sayong, Perak terkenal dengan Labu Sayong, jika di Jogjakarta terkenal dengan Batik Jawa, kalau di Maghribi terkenal dengan Jubah Hoodie, maka di Tareem, Yaman dan kawasan yang berdekatan pula terkenal dengan kain ridak dan Mabkharah Tareem.

Mabkharah Tareem merupakan sejenis mabkharah yang mempunyai bentuknya yang tersendiri. Ianya bagaikan sebuah 'trademark' kepada sesiapa yang berziarah ke Tareem. Para penziarah mahupun pelancong pasti akan membeli mabkharah ini sebagai kenang-kenangan kerana mabkharah ini tidak boleh didapati di mana-mana sekalipun. 



Bentuknya seakan-akan bentuk rumah tradisional di Yaman dan diperbuat daripada kayu. Anda boleh dapati mabkharah ini di rumah-rumah sekitar Hadramawt. Bauan gaharu yang mengasyikkan akan dibakar di atas arang lalu diletakkan di dalam bekas ini dan boleh dibawa dengan memegang pemegang yang telah tersedia. 






Al-Manna Sunnah Collection berbesar hati ingin berkongsi kegembiraan ini dengan para sahabat untuk membawa mabkharah ini ke pasaran Malaysia memandangkan ramai yang meminta kami untuk membawa masuk. Terdapat dua saiz dengan harga yang berpatutan:
 
1) Saiz Besar= RM160 termasuk pos
2) Saiz Kecil= RM130 termasuk pos

Semoga wasilah dari mabkharah ini akan meningkatkan cinta kita pada RasuluLlah s.a.w dengan mengamalkan sunnah membakar gaharu seperti yang disarankan baginda. Insya Allah... SOLLU 'ALAN NABIY! 







No comments:

Post a Comment