Tuesday 22 April 2014

Ridak Yaman.

Assalamualaikum WarahmatuLlahi wabarakatuh. 

Apa khabar para sahabat semua? Semoga semuanya diberi kesihatan oleh Allah s.w.t insya Allah.  Hari ini, posting Al-Manna Sunnah Collection ialah berkenaan sejenis lagi kain ridak yang sudah tidak asing lagi di negara kita tercinta. Ramai para sahabat yang menjualnya, tidak kurang juga yang memakainya, iaitulah RIDAK YAMAN. Ridak Yaman merupakan antara jenis ridak yang sangat mendapat permintaan. Hal ini kerana kualiti kainnya yang tebal dan sejuk, serta melekap di bahu ketika memakainya. Kain dari jenis ridak Yaman ini sangat sesuai buat sahabat yang baru berjinak-jinak untuk mengamalkan sunnah pemakaian ridak ini. 

Ridak Yaman selalunya bercorak garis-garis pelbagai warna. Selalunya ridak Yaman memiliki lebih dari dua jenis warna yang indah-indah! 

Contoh ridak Yaman. 

Ridak Yaman juga sangat sesuai dijadikan sejadah kerana kainnya tebal dan melekap. Jadi, jika kita bersolat di kawasan yang agak berangin, ianya bukan suatu masalah kerana kadang-kadang fabrik dari kain sejadah juga ada dari jenis yang tidak 'grip' di lantai. 

Dengan harga RM70 sahaja, para sahabat dapat memiliki sehelai ridak Yaman dari Al-Manna Sunnah Collection. POS ADALAH PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA. 

Semoga masyarakat Malaysia lebih tertarik untuk mengamalkan sunnah memakai ridak sebagai wahana kecintaan kita terhadap RasuliLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. SOLLU 'ALAN NABIY!






3 comments: