Thursday 12 June 2014

Al-Manna Di Dalam Rancangan Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat para sahabat. Agak lama blog ini tidak dikemas kini kerana kami agak sibuk dengan persiapan sesi penggambaran video muzik SELAWAT KITA SEMUA yang akan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 14 dan 15 Jun 2014 di tiga lokasi berbeza. 

Insya Allah segala update terpantas mengenai video muzik kami akan kami update di Instagram @almannaofficial! 

Pada 7 Jun 2014 yang lalu, Al-Manna telah membuat persembahan pembukaan dan penutup bagi rancangan bual bicara pagi TV Al-Hijrah, ASSALAMUALAIKUM. 




Pada sesi pembukaan, kami telah mendendangkan lagu SELAWAT KITA SEMUA, manakala qasidah SUBHANALLAH menjadi pilihan kami sebagai persembahan penutup. AlhamduLillah segalanya dimudahkan oleh Allah SWT. 






Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada rancangan ASSALAMUALAIKUM dan TV AL-HIJRAH kerana telah menjemput kami bagi memeriahkan lagi rancangan pada hari tersebut. Terima kasih juga kepada kru-kru dan staf-staf TV AL-HIJRAH yang ramah tamah dan ceria-ceria semuanya! Diharap anda semua berpuas hati dengan album AL-MANNA: SELAWAT KITA SEMUA! SOLLU 'ALAN NABIY! 

Boleh lihat di sini: http://youtu.be/tlyihOTskwU

No comments:

Post a Comment