Monday 2 June 2014

Petua Mabkharah Tahan Lama.

Assalamualaikum WarahmatuLlahi wabarakatuh.

Bekas membakar gaharu ataupun dalam Bahasa Inggeris incense burner ataupun dalam Bahasa Arab مَبْخَرَةٌ (mabkharah) merupakan bekas yang digunakan untuk membakar kayu gaharu sebagai aromaterapi sejak zaman berzaman, bukan sahaja di Timur Tengah, bahkan di Asia Tenggara dan Cina. 


Namun, seperti kita ketahui, setiap benda yang wujud pasti akan rosak dan hancur, begitulah juga dengan mabkharah.

Ada beberapa petua yang dilakukan untuk memanjangkan usia mabkharah para sahabat:

Pertama, jangan bakar arang pada tapak mabkharah. Seeloknya gunakan penyepit dan bakar pada penyepit. Hal ini kerana haba yang terlalu kuat pada pemetik api tekanan tinggi akan menyebabkan hakisan yang drastik pada tapak mabkharah.

Kedua, bakar bahagian atas arang dahulu. Hal ini juga bagus dalam memanjangkan waktu pembakaran gaharu kerana gaharu akan dibakar sedikit demi sedikit dan bahagian tapak mabkharah juga akan menerima haba yang meningkat sedikit demi sedikit, bukan secara drastik.

Ketiga, merupakan petua yang terkenal, iaitu balutkan mabkharah dengan aluminium foil. Kita tahu aluminium foil dapat menahan haba yang tinggi. 

Di bawah ini kami sertakan cara-caranya: 

1- potong aluminium foil berbentuk segi empat mengikut saiz tapak mabkharah.


2- tekan aluminium foil yang telah dipotong tadi ke dalam mabkharah dan kemaskan. 



3- lipatkan bahagian tepi aluminium foil sehingga nampak kemas dan potong bahagian yang berlebihan. 




Buat beberapa lapisan dengan cara yang sama. (Lebih tebal lebih baik) . Dan siap!




Semoga para sahabat beroleh manfaat dari post ini dan semoga Allah menambahkan lagi cinta kita kepada RasuluLlah SAW dengan mengamalkan sunnah-sunnah baginda insya Allah. SOLLU 'ALAN NABIY! 

No comments:

Post a Comment